Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman berkata, masyarakat perlu menolak sebarang bentuk keganasan, kebencian dan sikap perkauman.

“Insiden itu perlu dijadikan iktibar buat semua pihak di mana kedamaian dan keamanan adalah kunci kepada kesejahteraan hidup, lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat berbilang kaum.

“Setiap individu seharusnya mengamalkan sikap toleransi, muafakat dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Dewan Inai Merah, di sini semalam.

Amran mewakili MBJB turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu khususnya keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi yang merupakan seorang rakyat negara ini. - UTUSAN ONLINE