Jawatankuasa itu dipengerusikan Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff dibantu Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM, Prof. Madya Dr. Jafariah Jaafar dan pensyarah kanan fakulti itu, Dr. Faizuan Abdullah.

Keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada agensi kerajaan dan pakar berkaitan antaranya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Jabatan Meterologi, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kimia, UTM dan Petronas.

Unit HAZMAT Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Meteologi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Petronas dan juga Environmental Resources Management (ERM).

Abdull Rahim berkata, mesyuarat pertama adalah dimulakan pada pukul 10 pagi Jumaat lalu di Pusat Gerakan Bencana di bangunan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini.

TIGA pakar dari Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilantik sebagai ahli Jawatankuas

TIGA pakar dari Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Saintifik bagi membantu memberikan maklumat dan pendapat saintifik kepada Jawatankuasa Bencana Pasir Gudang, di bangunan MPPG di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

“Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti punca dan pergerakan bahan pencemar (environmental fate) dan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

“Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti langkah, tindakan dan kawalan bagi menangani pencemaran bahan kimia beracun di Sungai Kim-Kim you ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Untuk itu, pihak UTM juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan persampelan kualiti udara, air, tanah dan darah untuk analisa kimia bagi menentukan punca pencemaran dan cara mengatasinya di sini. - UTUSAN ONLINE