Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, bagaimanapun pelajar berkenaan hanya berehat di kawasan sekolah masing-masing.

Murid berkenaan katanya, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Pasir Putih.

“Pada masa sama sehingga pukul 4 ini tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad dan setakat ini keadaan masih terkawal dan pada masa yang sama tiada mangsa yang mendapatkan rawatan saringan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Masai,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE