Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jawatankuasa khas selama tempoh enam bulan itu akan mengatasi isu pencemaran termasuk membanteras kilang-kilang yang terlibat.

“Saya baru berjumpa Menteri Besar Johor yang baharu ( Dr. Sahruddin Jamal) semalam, saya minta membentuk satu petugas khas yang menyelaraskan semua pihak-pihak terlibat.

“ Selain melibatkan Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan, ia turut melibatkan pejabat tanah. Jadi ada kuasa untuk rampas balik tanah kerana kadangkala pemilik itu menyewa dan sebagainya,”katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara di Dewan Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Yang hadir sama, Penyelaras Gabungam NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara Pahang, Zakaria Abdul Hamid dan pemimpin setempat. - UTUSAN ONLINE