Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pihak JAS mengenakan kompaun, mengeluarkan notis dan mengesyorkan tindakan undang-undang bagi semua kesalahan itu di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sebanyak 108 kompaun dikenakan terhadap industri yang melakukan kesalahan membabitkan buangan terjadual, 10 kompuan atas kesalahan membabitkan efluen perindustrian selain mengeluarkan 51 notis dan 11 perintah tahan operasi.

“Begitu juga satu kompuan dikenakan atas kesalahan berkaitan tangki septik dan tiga lagi disyorkan untuk mendapat tindakan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan berkenaan pembuangan sisa toksik secara haram di kawasan mereka boleh terus membuat aduan kepada JAS pada talian bebas tol 1800882727 atau melalui eaduan.doe.gov.my.

Sebarang pertanyaan dan pengesahan maklumat, sila hubungi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang pada talian 07-2513444 atau Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Aras 4, Menara Aqabah MPPG 07-2511 024. - UTUSAN ONLINE