Naib Presiden Operasi Asia Tenggara FedEx, Mark Shorney berkata, stesen itu merupakan pusat logistik sehenti yang akan meningkatkan jaringan perhubungan antara selatan negara ini ke seluruh dunia. 

Katanya, pusat logistik itu berupaya memproses sehingga 1,100 bungkusan dalam tempoh satu jam. 

"Operasi di Stesen Johor ini disokong 51 buah kenderaan termasuk trak bersaiz 40 tan dan van yang akan meliputi 43 laluan perkhidmatan khususnya di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang. 

"Stesen ini juga mencerminkan komitmen jangka masa panjang FedEx di Malaysia yang dapat membantu memajukan perniagaan tempatan dalam sektor import dan eksport ke seluruh dunia," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Stesen FedEx Johor, di Senai, di sini hari ini. 

Hadir merasmikan majlis, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. - UTUSAN ONLINE