Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, buat masa ini tiada keperluan berbuat demikian kecuali kerajaan New Zealand sebagai pihak berkuasa negara itu mengeluarkannya.

"Memanglah kita akan mengeluarkan nasihat perjalanan pada masa-masa tertentu jika berlaku sesuatu peristiwa, kerajaan tempatan tidak keluaran tetapi kita keluarkan nasihat perjananan.

"Setakat ini tiada keperluan tersebut. Sebab itu kita hantar atase tentera kita ke sana untuk melihat keadaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini hari ini.

Dalam kejadian tembakan di Masjid Al-Noor Mosque dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand
kira-kira pukul 1.40 petang waktu tempatan semalam, 49 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 40 cedera. - UTUSAN ONLINE