“Saya kata ini adalah satu pembohongan sangat serius dan satu (tindakan) tidak membina kepada cabaran kita hadapi hari ini.

“Beratus pegawai kita dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)...beratus pegawai dapatkan bacaan yang (tepat) siang malam...untuk mencari punca bagaimana satu menteri boleh kawal semua orang ini.

“Apabila dia dapatkan bacaan dan kita ada puluhan penguatkuasaan dan siang malam juga. Periksa tengok satu kilang dari ke satu kilang. Kalau ada kesalahan terus ambil tindakan ini adalah...orang yang tidak bermaruah dan tiada tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Sejak semalam beberapa laman sosial menyebarkan dakwaan bahawa suami Bee Yin mempunyai tiga kilang kimia di daerah ini.

Bee Yin juga menyifatkan tuduhan tidak tepat itu sebagai dakwaan tidak bermaruah bukan sahaja ke atas dirinya malah memberi kesan terhadap kredibiliti pegawai dan penguat kuasa yang terlibat menyelesaikan isu tersebut.

Tegas beliau, perkara tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab membuat tuduhan itu. - UTUSAN ONLINE