Penyelaras program, Nor Aini Ramli berkata, antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, gerak kreatif, formula one, sprint hurdle dan rounders yang bertujuan menggalak dan mengembangkan bakat, kebolehan, minat kreativiti di samping nilai estetika kanak-kanak.

Katanya, program tradisi tahunan itu juga bertujuan memberi ruang kepada ibu bapa dan masyarakat untuk melihat potensi dan perkembangan sosial, emosi, intelek dan rohani anak-anak mereka.

BEBERAPA orang guru sedang menghias kanak-kanak sebelum menyertai acara Gerak Kreatif sempena Hari P

BEBERAPA orang guru sedang menghias kanak-kanak sebelum menyertai acara Gerak Kreatif sempena Hari Potensi Kanak-kanak Tabika dan Permata Kemas Parlimen Besut di Besut Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Johan setiap acara akan mewakili daerah Besut ke Hari Potensi Kemas Peringkat negeri yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak Kuala Terengganu pada 13 Julai nanti.

“Penyampaian hadiah kepada pemenang akan disempurnakan oleh Pengarah Kemas negeri, Dr. Faridah Mat termasuk empat anugerah individu dalam kalangan pemaju masyarakat dan kanak-kanak,” katanya. - UTUSAN ONLINE