Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, 46 lokasi itu terdiri daripada pusat pelupusan sampah domestik dan pusat pembuangan sisa berjadual.

“Lokasi itu berpotensi menjadi sumber pencemaran mengikut satelit data dan kita dah tengok juga melalui dron sebelum kita hantar orang untuk tengok.

“Yang itu kita akan serahkan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat berhubung kes pembuangan haram sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan senarai tersebut kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE