Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, kesemua mangsa bagaimanapun dibenarkan pulang sejurus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang serta Klinik Kesihatan Masai.

Menurutnya, mangsa terlibat membabitkan pelajar Sekolah SABK Madrasah Alattas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan SMK Desa Jaya.

“Turut terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kongkong Laut, SK Permas Jaya 4, SK Ulu Tiram, SK Taman Scientex, SK Taman Rinting 3 dan SK Kota Masai.

“Namun begitu sesi persekolahan masih diteruskan seperti biasa dan dijalankan di aras bawah sekolah berkenaan memandangkan semua mangsa yang mengalami simptom berada di aras tiga dan empat sekolah-sekolah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohd. Khuzzan berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tiada pesakit baharu dimasukkan ke wad dan hanya seorang mangsa masih menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE