Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, sumbangan itu berikutan kejadian kebakaran melibatkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat tahun lalu.

“Jadi kita bersama pihak Jakim mengambil inisiatif ini untuk memberi sebanyak 54 alat pemadam api hasil sumbangan Jakim sendiri.

“18 pusat tahfiz ini adalah daripada 36 jumlah keseluruhan yang ada di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE