Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Berkata kepada Utusan Online, Siti Nurhaliza akan berkunjung ke negara tersebut sambil ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa serta keluarga mentua.

"Setelah beberapa kali mengunjungi Mekah dan Madinah, terdetik di hati untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

"Alhamdulillah, ia akan menjadi kenyataan apabila keluarga angkat saya di sini mengajak kami ke sana," katanya sambil menafikan pemergiannya adalah untuk misi kemanusiaan.

Tambahnya, kunjungannya ke negara tersebut adalah untuk bercuti dan menziarah, bukannya mengikuti aktiviti kemanusiaan seperti yang pernah dilakukan beberapa artis tempatan.-UTUSAN ONLINE