Difahamkan, wabak yang sama turut menjangkiti lebih 700 pelarian lain dengan 104 kanak-kanak dijangkiti dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Institut Epidemiologi, Kawalan Penyakit serta Penyelidikan Bangladesh atau IEDCR, Meerzady Sabrina Flora.

Ketika ini, lebih daripada 646,000 pelarian Rohingya berada di Bangladesh selepas melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar. -AFP