Skuad tuan rumah menguasai hampir 60 peratus permainan namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ketumpulan barisan serangan gagal mencipta jaringan.

Pulau Pinang nyaris di depan pada minit ketujuh namun tendangan Azidan Saridan terkena tiang biarpun penjaga gol pelawat Mohd. Suhaimi Husin sudah tertewas.

Bersambung separuh masa kedua Sanna Nyassi hampir melakulan jaringan namun sekali lagi palang menjadi penghalang.

Kedua-dua pasukan hampa untuk mendapatkan jaringan sehingga tamat permainan. - UTUSAN ONLINE