Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata, pendekatan tersebut amat sesuai dengan imej kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai asas dalam sistem pentadbiran.

 "Saya juga mahu pemain menunjukkan disiplin yang tinggi dan membawa akhlak baik sepanjang pertandingan itu nanti.

"Besar harapan kita agar, imej yang dibawa oleh pasukan ini menjadi contoh kerana ia berlandaskan kepada syariat," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Barisan Pemain MPKB BRI Ubes di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah dan Yang Dipertua MPKB B-RI Datuk Zamri Ismail. - UTUSAN ONLINE