Difahamkan, mesyuarat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang berlangsung hari ini akan membincangkan perkara berkenaan serta isu-isu lain yang melingkari pasukan Harimau Kumbang ketika ini.

Merzagua sebelum ini pernah membimbing Pulau Pinang  muncul juara Liga FAM pada 2012 seterusnya layak ke Liga Perdana pada 2013.

Kedudukan Westwood yang juga bekas pemain Manchester United semakin goyah selepas pasukannya masih gagal memungut sebarang mata selepas enam perlawanan Liga Super. - UTUSAN ONLINE