Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, peningkatan tersebut adalah berikutan daripada kebanyakan masyarakat muslim di negara ini tidak lagi was-was dan musykil untuk membuat pelaburan emas dalam syarikat berkenaan.

"Selain itu, Public Gold juga berjaya menembusi pasaran Brunei dan Indonesia yang merupakan antara negara mempunyai ramai populasi umat Islam di Asia Tenggara. Kini, kami giat berusaha untuk menembusi pasaran ke negara Kemboja dan Laos.

"Oleh itu, kami terus komited dalam menawarkan khidmat jual beli emas terbaik dengan harga murah dan berpatutan,"katanya pada sidang akhbar Seminar Emas dan Syariah anjuran Kumpulan Public Gold dekat sini hari ini.

Seminar yang dianjurkan setiap tahun dan disokong oleh Persatuan Emas Malaysia (MGA) itu mengumpulkan 300 peserta  untuk memperluaskan pengetahuan mereka tentang penjualan emas. - UTUSAN ONLINE