Segak dalam persalinan tradisi baju Melayu putih, Ikhwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Majlis pernikahan yang diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Shari Sidek yang menikahkan sendiri pasangan tersebut.

Ikhwan ketika ditemui berkata, dia amat bersyukur kerana akhirnya merasa untuk menaiki pelamin setelah dua kali putus tunang pada 2007 dan 2014.

"Alhamdulillah, tiba jua detik yang dinantikan sekian lama pada hari ini untuk menikmati momen bergelar pengantin dan suami. 

"Saya juga bersyukur kerana majlis yang dirancang sejak majlis merisik pada 11 Disember lalu berjalan lancar hingga ke hari ini," katanya kepada UTUSAN ONLINE