Ketuanya, Diami Yusoff, 60, berkata,mereka tiba di kota suci itu pada pukul 12 tengah hari dan kemudian singgah di Masjid Quba' untuk melakukan sujud syukur sebagai tanda berterima kasih kepada Maha Pencipta diatas kejayaan misi tersebut.

Menurutnya, sejurus tiba di Madinah segala penat jerih mengharungi perjalanan penuh pancabora selama 58 hari hilang sebaik sahaja melihat kota suci itu.

"Alhamdulillah, kami sempat menunaikan solat maghrib dan isyak di Masjid Nabawi.

"Selepas ini kami akan bergerak pula ke Kota Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE