Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, ini kerana isu vaksin perlu dilihat dalam konteks lebih luas iaitu membabitkan kesihatan kanak-kanak secara keseluruhannya.

Ujarnya, terdapat ibu bapa memberi alasan tidak mahu memvaksin anak mereka kerana ragu dan tidak yakin tentang status halal produk berkenaan.

"Sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan ibu bapa perlu rujuk perkara itu. Jangan sekadar membaca menerusi internet dan kemudian buat kesimpulan sendiri.

"Kementerian Kesihatan membelanjakan RM120 juta setahun untuk membeli ubat vaksin bagi 12 penyakit secara percuma. Ketika ini, hanya vaksin penyakit Human Papillomavirus (HPV) yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir namun  hanya ditawarkan di klinik swasta," katanya selepas melancarkan Projek Tabung Penyelenggaran 1Malaysia di Taman Desa Genting, Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau mengulas kematian seorang kana-kanak berusia dua tahun di Miri, Sarawak baru-baru ini kerana dijangkitan difteria kerana mengelak mengambil vaksin di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan kanak -kanak berkenaan tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir kerana siasatan awal mendapati keluarga mangsa enggan berbuat demikian atas faktor kepercayaan agama. - UTUSAN ONLINE.