Ketua Pegawai Eksekutif amaxMall, Datin Dr. Nik Sarina Hashim menjelaskan, program bworks bukan sahaja membolehkan usahawan mendapatkan laman web sendiri pada harga berpatutan tetapi juga menawarkan latihan dan peluang untuk menjual produk mereka ke rangkaian runcit dan pasar raya besar. 

Bwork

Menurut Nik Sarina, program berkenaan akan dilancarkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Forum Laluan PKS ke Digital dan Pasar Raya Besar, Ahad ini. 

Bwork

Katanya, forum yang juga merupakan edisi pertama siri jelajah amaxMall itu bertujuan untuk menggalakkan proses digitalisasi perniagaan oleh usahawan PKS dengan menggunakan program bworks. 

Bwork

"Sebagai perintis laman e-dagang untuk PKS, perkhidmatan amaxMALL tidak terhad kepada 
penjualan produk secara dalam talian sahaja malah kami kini berazam memacu industri 
ini pergi lebih jauh lagi dengan memberi latihan menyeluruh dengan menekankan kepentingan 
aktiviti pemasaran. 

bwork

"Dalam suasana perniagaan masa kini, adalah amat penting bagi usahawan 
di luar sana untuk mempunyai laman web e-dagang sendiri untuk memberi kredibiliti kepada perniagaan mereka dan tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk berniaga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE