Beliau  turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan mendoakan sehingga membawa kepada suasana baharu itu.

"Alhamdulilah, terima kasih banyak. Semua ini berkat doa dan sokong semua," ujarnya di sini lewat malam ini.

Pengurniaan semula darjah kebesaran Itu dilihat membantu mengukuhkan semula kedudukan Ahmad Razif sebagai teraju kepimpinan negeri.

Perkembangan terbaharu ini memberi gambaran hubungan kerajaan negeri dan institusi istana kembali pulih.

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri ditarik balik secara mengejut pada 22 April lalu dan mula mencetuskan pelbagai spekulasi tentang kedudukannya termasuk masa depan dalam politik.

Pengurniaan semula darjah kebesaran itu  dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola  Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE