Menurutnya, beliau menulis surat tersebut beberapa hari lalu dengan mengakui kesilapannya kerana kenyataannya anggota tentera hanya makan dan tidur.

Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana

menggunakan perkataan yang menghina dengan

mencadangkan anggota tentera membantu kerja ladang di Felda.

"Saya telah menulis surat meminta maaf kepada anggota tentera di atas kesilapan saya.

"Saya kesal kerana menggunakan perkataan yang menghina ketika meminta anggota tentera yang merupakan bahagian terbesar dalam perkhidmatan awam supaya membantu Felda.

"Saya tiada niat untuk menghina sesiapa. Saya meminta maaf di atas kesilapan saya. Saya benar-benar menghargai pengorbanan dan sumbangan anggota tentera kepada negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Yew Yin meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya dalam laman blognya yang mengatakan anggota tentera hanya makan dan tidur. - UTUSAN ONLINE