tidur.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam laman blog kendaliannya hari ini sambil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, beliau kesal dan memohon maaf dengan seikhlas hati kepada anggota tentera sama ada yang telah bersara atau yang masih berkhidmat.

"Saya menyatakan anggota tentera Malaysia tidak berbuat apa-apa selain makan dan tidur, keadaan ini tidak benar.

"Saya kesal dengan 'nada' yang saya gunakan dalam kenyataan saya tempoh hari namun bukan niat saya untuk memfitnah atau memperkecil-kecilkan anggota tentera.

"Saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf di atas kesilapan saya. Saya tidak pernah berniat mahu menghina anggota tentera," tulis beliau dalam

laman blognya hari ini.

Yew Yin turut menyatakan rasa bangganya menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa bersyukur dengan kesetiaan dan dedikasi anggota tentera.

Menurutnya, malah beliau pernah melalui zaman Perang Dunia Kedua ketika kanak-kanak dan menyaksikan sendiri pengorbanan anggota tentera mempertahankan rakyat dan negara tercinta.

Beliau berkata, maka adalah sesuatu yang bodoh untuk beliau melupakan pengalaman yang dilaluinya itu semasa menulis artikel tempoh hari.

"Kata-kata mungkin tidak cukup untuk menggambarkan betapa saya memohon maaf. Sekali lagi saya ingin memohon maaf," katanya. - UTUSAN ONLINE