Menurutnya, dia meminta maaf terutama kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

"Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan," katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Utusan Online hari ini.

Yew Yin menjelaskan bahawa mungkin caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan kakitangan awam terutama anggota tentera tidak disukai oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, enam cadangan yang dikemukakan oleh beliau untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam sangat bagus.

"Namun ada pihak yang tidak suka dengan cara saya memperkatakan tentang anggota tentera.

"Sepatutnya saya berkata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara.

"Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi negara kita," katanya. - UTUSAN ONLINE