Tidak hairanlah kediaman Tujimah di Kampung Parit Wakaf, Tenggayun di sini dihiasi dengan ratusan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor dalam pelbagai saiz sejak 10 tahun lalu.

Dia yang dibantu suaminya, Shami Samuri, 53, mula menghiasi rumahnya dengan bendera sejak empat tahun lalu dan melayakkan menerima pelbagai anugerah daripada jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Tujimah, pada tahun ini pihaknya memilih tema ‘dulu-dulu masa susah’dengan meletakkan pelbagai objek seperti basikal tua, mesin mengelek getah, pisau menoreh, tempayan dan model meriam.

"Bagi tahun kami menjangka dapat memasang kira-kira 800 helai bendera pelbagaisaiz selain pemasangan lampu sebanyak 642 pada bagi menambahkan keceriaan lagi pada waktu malam.

"Selain turut membuat banner tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Sayangi Malaysia, Malaysia Bersih seperti yang dibuat pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Tujimah, kerja-kerja memasang bendera dana sebagainya turut dibantu anak-anak dan menantunya yang juga mempunyai minat dan kesungguhan untuk menghiasi rumah menjelang Hari Kebangsaan.

"Mereka (anak-anak) turut merasa bangga dengan kedua ibu bapa mereka yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi dan sanggup berkorban wang ringgit untuk membeli segala kelengkapan,” jelasnya.

Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan beliau akan membelanjakan kira-kira RM1,000 hingga RM1,500 untuk membeli bendera, minyak tanah, membuat banner dan sebagainya.

Bagaimanapun katanya, ini bukan satu halangan untuknya berkorban wang ringgit dan masa bagi memastikan rumahnya ‘dibanjiri’ dengan warna-warna Jalur Gemilang dan bendera Johor.

Sementara it, Shami Samuri, seorang tukar urut tradisional kesal dan sedih apabila ada pihak yang menghina dan memperlekehkan Jalur Gemilang termasuk dengan memasangnya secara terbalik.

Katanya, sehelai bendera adalah melambangkan kepada maruah negara dan sekiranya dilakukan sedemikian tanpa sebab musbabah, sebenarnya menghina kedaulatan Malaysia.- UTUSAN ONLINE