Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, usaha tersebut akan diadakan secara berkala seelain memperhalusi tajuk-tajuk tertentu yang bersifat dekat dengan rakyat.

“Penganjuran wacana ilmu ini akan menjadi medan buat rakyat untuk membincangkan isu-isu semasa serta perkara penting yang dekat paling dengan rakyat dan sudah tentu tajuk yang dibawa ini akan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

“Pada minggu ini, tajuk berkaitan Rule of Law ‘Bagaimana Amalannya Sekarang?’ dipilih memandangkan isunya semakin hangat dan dekat dengan rakyat berikutan beberapa isu timbul kebelakangan ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Wacana Ilmu Penerangan UMNO di sini hari ini.

Dalam wacana itu, antara barisan panel bagi membincangkan tajuk itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, peguam, Adnan Seman dan Pensyarah Undang-Undang, Dr. Shamsher Singh Thind. - UTUSAN ONLINE