Sultan Johor bertitah supaya kerajaan baharu dibentuk segera termasuk Perdana Menteri dilantik di Istana Negara pada hari ini juga.

“Jangan buang masa lagi, saya harap Istana Negara hari ini juga lantik Perdana Menteri yang baharu kerana ini adalah kepentingan rakyat dan bukan kepentingan saya atau individu.

“Saya harap perkara ini sampai kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia yang mana saya cintai, terima kasih,” titah baginda dalam Facebook rasminya sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE