Tian Chua berkata, mereka yang menjadi dalang kepada penyebaran video berkenaan perlu berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya tak tahu siapa terlibat, kerana mungkin hanya ketua polis negara tahu siapa pemimpin politik itu. Isunya terdapat seorang dalang dan tindakan harus diambil walau apa pun kedudukannya dalam parti.

“Tahun-tahun pembentukan PKR pada lewat 90-an apabila Anwar Ibrahim juga menjadi mangsa politik kotor.Ribuan orang menunjuk perasaan menolak politik kotor pada waktu itu. Kami berdiri menyokong Anwar. Kita tak boleh buat perkara sama,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal Free Malaysia Today.

Tambah beliau, parti itu mesti setia pada prinsip dan menolak sebarang unsur politik kotor. - UTUSAN ONLINE