Seloroh spontan Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun disambut sorakan dan gelak ketawa pengunjung yang memenuhi sebuah kafe di Jalan Sultan Idris Shah di sini.

“Malam ini rakyat paling agresif sekali. Pembantu-pembantu saya menjadi penyelamat saya. Datuk Saarani (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak) pun tidak boleh dekat dengan saya.

“Ini menunjukkan saudara-saudara semua cukup bersemangat untuk bersama-sama dengan gerakan ‘bossku’ ini,” katanya dalam ucapan ringkasnya di sini hari ini.

Tambah Najib, gerakan bossku yang dilakukan beliau adalah usahanya dalam mendekati rakyat bagi memahami denyut nadi dan permasalahan mereka.

Malah katanya, gerakan berkenaan juga melambangkan cita-cita, idealisme dan aspirasi rakyat Malaysia khususnya generasi muda yang ingin kepada keadaan yang jauh lebih baik.

“Saya mahu terangkan bahawa bossku ini adalah rakyat, bukan saya. Saya buat cara ini untuk tahu apa permasalahan, denyut nadi serta aspirasi rakyat dan saya dapat buat kesimpulan bahawa tuan-tuan sekalian barangkali rindu zaman saya.

 

“Malam ini juga bukanlah malam untuk bercakap tentang politik tetapi untuk kita sambut gerakan bossku. Insyaallah kita boleh melakukan perubahan ke arah yang lebih baik lagi,” katanya.

Terdahulu, Najib yang tiba di Gerbang Malam pada pukul 9.15 malam meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau peniaga-peniaga di situ sebelum menuju ke sebuah kafe berhampiran.

Ribuan pengunjung yang mengiringi beliau tidak melepaskan peluang mengerumuni Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu untuk berswafoto sambil melaungkan ‘bossku’ dan ‘bukan beshe-beshe’.-UTUSAN ONLINE