Mohamed Azmin yang tampil berbaju Melayu putih, berkopiah dan mengenakan kain palaikat tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor kira-kira pukul 7.20 malam.

Antara pemimpin kanan PKR yang dilihat hadir sama ialah Datuk Kamarudin Jaafar, Dr. Mansor Othman dan Dr. Afif Bahardin.

Majlis doa selamat dan kesyukuran itu dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah, disusuli solat hajat dan bacaan Yassin.

Perkembangan lanjut akan dikemaskini. – UTUSAN ONLINE