Perkara tersebut dinyatakan dalam penjelasan panjang lebar yang dibahagikan kepada enam bahagian yang dipanggil ‘pintu’ sebelum dikongsikan Nik Mohamad Abduh sendiri dalam akaun Facebook miliknya.

Dalam kenyataan itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, apabila rakaman audio tersebut tular tahun lalu, beliau memilih untuk bercakap benar dan mahu mengesahkannya kerana yakin

NIK MOHAMAD ABDUH
NIK MOHAMAD ABDUH 

isi ucapan itu akan mudah difahami jika diambil pendengar dalam konteks yang sebenar.

Bagaimanapun katanya, selepas merujuk kepada kepemimpinan parti, mereka memutuskan supaya beliau menafikannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri merestui ke­putusan tersebut bagi membendung serangan dibuat mu­suh politik parti.

Tegas beliau, ada tiga institusi yang berhak me­ngubah keputusan pertama (penafian) tersebut iaitu Pas sebagai tuan beliau, mahkamah sebagai neraca menegak keadilan di dunia serta kerajaan Malaysia melalui siasatan oleh pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

“Kenyataan saya kepada ketiga-tiga institusi tersebut adalah sama. Saya mengakui kebenaran suara saya itu. Saya juga me­negaskan di hadapan mereka untuk saya terus menafikannya di hadapan publik (awam) sebagai hak menjaga kerahsiaan yang ditekankan oleh agama,” kata­nya dalam kenyataan tersebut.

Beliau dalam pada itu berkata, ucapan dalam audio terbabit sebenarnya mengandungi dua intipati utama iaitu meminta kumpulan 40 berhenti menyia­sat dan menghukum kepemimpinan parti serta me­nerangkan hukum agama berkaitan mengambil wang musuh politik iaitu UMNO.

“Saya jelaskan menerima wang sesiapa pun daripada UMNO adalah ha­ram hanya apabila berbentuk rasuah atau sogokan atau dedak yang bermaksud kita terpaksa menjual perjuangan dengan mencairkan pendirian parti atau menyokong tindakan UMNO yang bersalahan dengan polisi parti.


“Adapun pemberian biasa se­perti kekeluargaan, persahabatan, derma, kebajikan dan lain-lain, maka ia adalah harus. Bahkan ia menambah kasih sayang di antara umat Islam,” katanya.

Malangnya kata beliau, kumpulan 40 terbabit tidak pernah berpuas hati dan menyalah tafsir ucapannya dengan meng­anggap beliau telah memperakui bahawa Pas telah menerima wang rasuah dan sogokan daripada UMNO.