Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz berkata, faktor itu sekali gus menunjukkan keyakinan masyarakat setempat terhadap UMNO sebagai parti pembela rakyat.

Menurut beliau, peranan yang dimainkan ini turut disumbangkan menerusi hubungan kukuh dalam ahli-

ahli termasuk pada peringkat akar umbi.

"Sekarang kita bukan lagi parti kerajaan tetapi kita mahu menjadi pembangkang yang progresif dan

berwibawa termasuk cakna pada kebajikan rakyat.

"Apa yang kita lakukan ini sebenarnya adalah tanggungjawab sama yang telah kita lalukan sejak 60 tahun lalu cuma bezanya kemampuan kita kini sedikit

terbatas," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas hadir merasmikan Private Make Up Class Party anjuran Puteri UMNO Bahagian Tambun dan Denour Beauty di Kelab Andersonian di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Puteri UMNO Bahagian Tambun, Irmalini Amir Hamzah dan pengasas Denour, Nor Shahira Zabidi.

Azizul Kama memberitahu, walaupun berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO berikutan keputusan pada Pilihan Raya Umum 2014 lalu, tetapi kesepaduan dalam barisan UMNO Bahagian Tambun kekal utuh.

Menurutnya, ini kerana UMNO bukan milik individu tetapi milik rakyat, maka sudah tentu parti harus terus kukuh.

"Kesetiaan kita bukan kepada individu, tetapi kepada idea­lisme perjuangan. Inilah asas yang menjadikan UMNO sebuah parti dirahmati dan diredai Allah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung keluhan pengundi tentang Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tidak turun

padang, kata Azizul Kama perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Jelas beliau, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang perlu melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana yang

dibuktikan Ahli Parlimen terdahulu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - UTUSAN ONLINE