Perwakilan UMNO Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sekolah berkenaan bagaimanapun perlu dipacu dengan nilai-nilai yang sesuai dengan realiti rakyat pada waktu ini.

“Pahang sangat menyokong usaha menubuh sekolah politik, tetapi mestilah dipacu dengan nilai yg sesuai dengan realiti masyarakat dan kehendak rakyat,” katanya sewaktu berucap bagi menyokong cadangan perbahasan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Tambah Syed Ibrahim, UMNO perlu muhasabah diri untuk membina nilai kepimpinan serta membentuk ahli yang disenangi dan bukan dibenci.

Keduanya, katanya,parti perlu membina nilai mulia serta tidak sombong.

“Parti perlu membina genarasi muda yang mampu dipulih bersama mengimarahkan amanah ini dengan penuh luhur.

“Jangan tunjuk dan menampakkan keangkuhan ketika membantu tetapi sebaliknya dengan nilai roh khidmah. InsyaAllah. Kita buktikan yang kita bukan parti perkauman, bukan dengan bicara tetapi dengan perilaku serta gerak kerja yang mampu dipercayai dan mereka yakin kita membela,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE