Setiausaha Urusetia UMNO DUN Air Putih, Shammadi Zaid berkata, program itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Pembela Pemuda UMNO Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Warga FELDA Malaysia (PKWFM) yang akan diadakan di pekarangan kediaman Timbalan Urusetia UMNO DUN Air Putih, Dr. Mohd. Zaki Salleh, bersebelahan Gelanggang Tenis Bandar Cheneh Baharu, Kemaman.

Program bermula pukul 8.30 malam itu menampilkan Setiausaha PKWFM yang merupakan anak peneroka FELDA Cerul, Kemaman, Mohd. Fauzi Mat Adam selaku moderator.

“Tiga ahli panel yang akan membincangkan isu semasa berkaitan FELDA dan perjuangan UMNO terdiri daripada Ahli Parlimen Paya Besar yang juga anak peneroka FELDA Panching Selatan, Pahang merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Shahar Abdullah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, dua lagi ahli panel terlibat, Mantan Ahli Parlimen Sekijang merupakan Pengerusi PKFWM yang juga anak Peneroka FELDA Pemanis, Johor, Anuar Manap dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu merangkap Naib Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera.

Pengerusi Kelab Sahabat N32, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan jawatankuasanya juga turut hadir.

Shammadi berharap orang ramai terutama ahli UMNO di Bandar Cheneh Baharu dan sekitarnya dapat datang beramai-ramai bagi mendengar isu-isu semasa yang dibangkitkan. - UTUSAN ONLINE