Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan tersebut dilihat tidak mampu menentukan hala tuju parti secara terperinci dan realistik.

Beliau turut mempersoalkan pucuk pimpinan parti sama ada ingin menjadi pembangkang yang konstruktif dan kuat atau bercita-cita membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

“Hari ini beliau mengatakan kita mahu melawan PH tetapi kemudian mengeluarkan kenyataan membentuk kerajaan perpaduan.

“Apabila anda mengemudi sebuah parti, anda sepatutnya jelas dengan hala tuju sebenar. Tidak boleh berkata seolah-olah mahu menjalin kerjasama dengan PH tetapi hari ini kata nak lawan (PH), zalim lah,” katanya kepada pemberita, malam tadi.