2. Pengumuman ini sekaligus bakal membolehkan anak muda Malaysia khususnya para Mahasiswa dan Mahasiswi untuk memberi impak secara terus dalam politik negara. Walaupun ianya mungkin satu langkah yang agak lewat jika dibandingkan dengan negara lain di seluruh dunia yang telah lama menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun, namun ianya satu pencapaian yang harus dibanggakan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan gagal diberi perhatian oleh Barisan Nasional.

3. Menyedari bahawa Usul ini memerlukan sokongan 2/3 dari keseluruhan Ahli Parlimen kerana ia bakal menatijahkan pindaan kepada Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan, KANUN menyeru supaya kesemua Ahli Parlimen tanpa mengira parti untuk bersetuju dan seterusnya meluluskan Usul bersejarah ini.

4. KANUN beranggapan bahawa anak muda yang mempunyai citra dan pendirian politik yang amat berbeza dan sentiasa melihat kepada realiti dan bukan persepsi, perlu diberi ruang untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki. Menyedari bahawa ini bukanlah suatu langkah yang memberi kepastian kepada kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya akan datang, namun ia menunjukkan keberanian kerajaan dalam menepati janji dan mengambil risiko akan ketidaktentuan undi anak muda.

5. Apa yang lebih penting, KANUN seterusnya menyeru supaya kerajaan Pakatan Harapan dapat menjadikan pendaftaran pengundi secara automatik menjadi satu realiti. Ini memandangkan setakat hari ini, sejumlah lebih 3.8 juta anak muda masih belum mendaftar menjadi pengundi, sekaligus menenggelamkan usaha kerajaan yang mahu memperkasakan kuasa undi anak muda. -UTUSAN ONLINE

Penulis adalah, Ahli Jawatankuasa (Mahasiswa) Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (KANUN)

*Kenyataan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Online.