Pengerusi Bersatu tersebut berkata, perkara itu menjadi asas utama penubuhan parti dalam memastikan negara berada pada landasan tepat selain bergerak maju.

"Jika kita lihat UMNO yang sebelum ini merupakan parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu, kemerdekaan negara suatu ketika dahulu dan akhirnya kini ditolak rakyat kerana pemimpinnya dilihat berjuang untuk diri sendiri, bukan untuk rakyat.

"Sama juga dengan kita, kalau kita berjuang untuk diri sendiri seperti mendapatkan jawatan tertentu, kita juga tidak mungkin akan menerima sokongan rakyat. Jadi, parti kita tidak boleh seperti itu, kita mesti utamakan perjuangan asas kita iaitu demi agama, bangsa dan negara," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Khas Bersatu di MAEPS, Serdang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE