Perkara itu diumumkan Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub dalam sidang akhbar di sebuah hotel, di sini pukul 2.40 pagi ini.

Pakatan Harapan akan menyerahkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Johor untuk dipertimbangkan.

Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Negeri Johor apabila berjaya memperoleh 36 daripada 56 kerusi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN). - UTUSAN ONLINE