Penampilan berbeza Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang lengkap bertanjak ketika memasuki dewan persidangan menarik perhatian ramai.

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin Pas lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas pernah digelar ‘Pendekar Mustar’ oleh pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) berikutan tindakan pemimpin parti Islam itu yang berpakaian seperti pahlawan Melayu pada perasmian Muktamar Pemuda Pas di Kelantan, pada 2016.

Sebelum memasuki dewan persidangan, Muhammad Khalil mengayuh beca dengan Tuan Ibrahim sebagai penumpangnya. - UTUSAN ONLINE