Ketua Menteri Sabah itu berkata, tidak salah bagi sesebuah parti yang berhasrat untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kerana apa yang lebih penting ialah kerjasama.

"Tidak ada salahnya kalau sebuah parti berada di Sabah berhasrat untuk bercita-cita sebagai parti yang kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Celcom Home di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor yang berhasrat untuk menjadikan parti itu sebagai parti dominan di Sabah.

Hajiji baru-baru ini dilaporkan berkata impian berkenaan adalah berdasarkan platform Bersatu yang sudah mula diterima oleh masyarakat di Sabah. - BERNAMA