HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini tidak ada apa-apa,”katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today (FMT).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula memberitahu, Lembaga Disiplin UMNO merupakan badan bebas dan sebarang aduan salah laku ahli akan dibuat secara terus kepada badan itu.

“Pengurusan tidak mengetahui dan kita tiada menerima sebarang aduan.

“Lembaga Disiplin UMNO badan bebas, jika ada aduan terus pihak lembaga akan siasat dulu ‘prima facie’ dan maklumkan kepada Majlis Tertinggi.

“Setakat ini kita tidak ada terima sebarang maklumat,” katanya seperti dilaporkan portal tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Ahli Parlimen Sembrong namun enggan mendedahkan butiran terperinci. -UTUSAN ONLINE