“Isu kerajaan perpaduan tutup seperti mana saya jelaskan dalam ucapan penutup saya,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO 2018 hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid mengalu-alukan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti politik, termasuk PKR.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketuanya, Shahril Hamdan yang berkata, parti itu tidak perlu menggunakan “pintu belakang” untuk mendapat kuasa.

Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan penggulungannya hari ini menasihatkan parti itu tidak bermimpi ditawarkan jawatan atau menubuhkan kerajaan perpaduan.

UMNO tegasnya perlu berubah dan membuat sesuatu supaya kesilapan lalu tidak berulang.

"Jangan bermimpi lagi akan ada orang bawa tepak sirih untuk tubuhkan kerajaan. 

“Walaupun sudah jatuh terjerumus, tidak bermakna kita tidak boleh bangun semula,” katanya.