Rela dalam satu kenyataan berkata, menerusi sebuah video berdurasi 21 saat yang telah tular semalam, Shafie dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Ucapan tersebut dibuat oleh Shafie semasa menghadiri Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, semalam.

Beliau didakwa turut mengeluarkan kenyataan bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

"Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa pada 29 September tahun lalu, Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone telah meluluskan penglibatan anggota Rela dalam membantu menjaga keselamatan di 10 daerah kawasan Esszone.

"Melalui inisiatif ini, anggota Rela yang dipilih dalam kalangan penduduk tempatan ditugaskan membantu memastikan keselamatan setempat melalui rondaan komuniti dan penyaluran maklumat," kata kenyataan itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE