TUAN IBRAHIM
TUAN IBRAHIM

Beliau berkata, konsep tersebut sebelum ini telah dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu kuasa baharu dalam pendekatan politik.

“Tetapi apa yang disebut adalah isu muafakat pembangkang antara parti politik Malaysia dalam perkara yang diperjuangkan.

“Ada perkara jadi persamaan yang kita perjuangkan secara bersama,” katanya ketika ditemui Utusan Online selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Ditanya sama ada kemungkinan kerajaan perpaduan itu berlaku, Tuan Ibrahim tidak menyatakan secara jelas.

“Kita tengok keadaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE