Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-58 bermula pukul 9 pagi ini yang mana ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamad akan menyampaikan ucaptama diikuti ucapan perasmian oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Selepas itu, persidangan dijalankan mengikut agenda termasuk pengumuman keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pas sesi 2019-2021.

Ucapan penggulungan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pas dijadual bermula pukul 5 petang sebelum ucapan penangguhan Ketua Dewan Ulama Pas mengakhiri persidangan kali ini.

Terdahulu, dua lagi sayap parti berkenaan, Dewan Muslimat Pas selesai mengadakan Muktamar Tahunan Ke-59 di Bukit Gambang Resort City (BGRC), Kuantan pada Sabtu lepas manakala Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-60 berlangsung dua hari berakhir hari ini di lokasi sama.

Muktamar Tahunan Pas Ke-65 yang merupakan kemuncak acara tahunan tersebut berlangsung tiga hari bermula esok di Dewan Sukpa di sini dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan dasar pada persidangan tersebut. -UTUSAN ONLINE