Katanya, keputusan untuk melakukan rombakan akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya tak tahu (rombakan Kabinet), Kalau ada atau tidak ada rombakan itu adalah kuasa Perdana Menteri.

"Tidak ada sesiapa boleh memberi ulasan kecuali Perdana Menteri. Hanya beliau boleh membuat keputusan itu, (saya) tiada komen lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor di sini hari ini.

Media melaporkan Dr. Mahathir dijangka merombak Kabinet selepas beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan semalam, yang dipercayai bagi mendapatkan pandangan mengenai hal ehwal perjalanan kerajaan. - UTUSAN ONLINE