Menurut sumber, perkara itu sudah menjadi perbualan oleh banyak pihak yang menjangkakan berlaku selewat-lewatnya akhir bulan hadapan.

anwar
 

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kemungkinan rombakan Kabinet itu adalah sebahagian daripada pelan penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun melihatkan situasi semasa rombakan Kabinet itu dijangka adalah untuk menyesuaikan porfolio menteri yang ada setelah lebih setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Selepas kemenangan pada pilihan raya tempoh hari, Dr. Mahathir terpaksa melantik menteri Kabinet dalam kalangan mereka yang tidak berpengalaman dan telah menimbulkan pelbagai masalah.

Sepanjang tempoh itu juga pastinya Perdana Menteri telah membuat penilaian sewajarnya.

WAN AZIZAH
 

Pemerhati politik pula kini sedang memerhati dengan penuh minat perkembangan semasa terutama bila akan berlaku peralihan tampuk kepemimpinan negara kepada Anwar dan mereka meletakkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai penanda.

Jika Wan Azizah meletakkan jawatannya bermakna sudah tiba masa Anwar akan menjadi Perdana Menteri, kerana adalah sesuatu yang aneh jika dua jawatan utama pentadbiran negara dipegang oleh suami dan isteri.

Learn to freehand visualize your ideas