Tinjauan Utusan Online di beberapa pusat pengundian di Parlimen Labis, dekat sini hingga pukul 12 tengah hari mendapati ramai pengundi yang keluar menunaikan hak masing-masing.

Misalnya, di Sekolah Agama Felda Chemplak Barat, Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Felda Tenang dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, di sini dipenuhi pengundi sejak awal pagi.

Setakat ini proses pengundian berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini dan provokasi daripada penyokong parti yang bertanding. - UTUSAN ONLINE